




Mihrab & dinding kiblat
Panel kerawang, kaligrafi dan lampu untuk dinding mihrab. Lihat halaman mihrab.
Tanya tentang ini
Kemas, kukuh, bercorak Islamik. Harga dari RM590 / panel.

Tirai kain nampak murah pada mulanya, tapi lama-kelamaan ia jadi masalah yang AJK terpaksa uruskan berulang kali.
Kain menyerap habuk dan bau. Kena cabut, basuh dan pasang semula, dan kerja tu jarang dibuat.
Tiang dan rel mudah longgar. Tirai senget atau terbuka sendiri, jadi ruang muslimah tak terlindung.
Warna pudar dan kain berkedut. Ruang solat yang lain dah cantik, tapi tirai merosakkan pandangan.
Perbandingan umum antara tirai kain dan panel divider, bukan ukuran makmal.
Divider muslimah D'Raudah ialah panel kayu atau besi bercorak Islamik yang berdiri sendiri. Tak perlu dibasuh, tak koyak, dan boleh dialih bila ruang perlu diubah.
Minta quotationSetiap panel dibina dan dipilih ikut keperluan masjid atau surau anda.
Pilih corak berlubang yang lebih terbuka, atau solid untuk privasi penuh.
Frame kayu sebagai standard, atau naik taraf ke frame besi untuk kegunaan berat.
Tambah tayar supaya ruang boleh disusun semula untuk kuliah, majlis atau solat jenazah.
2×6 kaki dan 4×6 kaki tersedia. Saiz lain boleh dibuat sehingga 8 kaki.
Standard putih bersih, atau custom colour supaya sepadan dengan dekorasi masjid.
Caj penghantaran ikut negeri, atau pickup sendiri secara percuma.
Dari Putrajaya ke Tumpat. Ini antara projek yang telah kami siapkan. Lihat semua projek.












Setiap saiz ada 4 design siap, atau bincang custom design dengan consultant kami. Tekan design untuk masukkan dalam borang quotation.

Ruang terasa lebih lapang dan cahaya masih masuk.

Privasi penuh untuk ruang muslimah.
Kami juga hasilkan hiasan Islamik untuk ruang solat dan bangunan masjid. Hantar keperluan anda, kami sediakan cadangan dan quotation. Lihat semua hiasan masjid.





Panel kerawang, kaligrafi dan lampu untuk dinding mihrab. Lihat halaman mihrab.
Tanya tentang ini




Panel kaligrafi dihasilkan di bengkel kami, kemudian dipasang di tapak.
Tanya tentang ini
Isi borang ni dalam 1 minit. Selepas hantar, anda terus dibawa ke WhatsApp consultant kami untuk bincang keperluan anda.
Ada soalan lain? WhatsApp kami di 018-644 7692.
Tempoh pengeluaran ialah 3 hingga 4 minggu selepas order disahkan, tidak termasuk masa penghantaran.
Boleh. Custom size dikira RM50 sekaki persegi, dengan minimum order 10 panel dan saiz maksimum 8 kaki setiap sisi. Untuk saiz lebih besar, hubungi consultant kami.
Panel berlubang ada corak tembus pandang, jadi ruang terasa lebih lapang. Panel solid tiada lubang, sesuai jika masjid mahukan privasi penuh untuk ruang muslimah.
Frame kayu ialah pilihan standard dan sesuai untuk kebanyakan ruang solat. Frame besi lebih kukuh untuk panel yang kerap dialih atau ruang yang sibuk.
Boleh, ke seluruh Semenanjung dengan caj ikut negeri. Untuk Sabah, Sarawak dan Labuan, admin akan sahkan caj penghantaran. Anda juga boleh pickup sendiri secara percuma.
Harga bermula RM590 (2 × 6 kaki) dan RM940 (4 × 6 kaki) sepanel. Harga akhir bergantung pada saiz, frame, design, tambahan dan lokasi penghantaran. Consultant kami akan sediakan quotation rasmi selepas anda isi borang.
Kami juga buat mihrab dan dinding kiblat, interior kubah, facade luar, kaligrafi dan panel hiasan, serta kaunter dan perabot masjid. Pilih dalam borang quotation dan consultant kami akan hubungi anda.
Isi borang ringkas dan consultant kami hubungi anda melalui WhatsApp, atau terus WhatsApp kami sekarang.