D'Raudah Islamic Decorative Specialist

Divider muslimah yang kemas dan kukuh untuk masjid & surau anda

Ganti tirai lama dengan panel penghadang bercorak Islamik. Pilih saiz, frame dan design, kemudian dapatkan anggaran harga terus di page ni.

Dipasang di masjid & surau seluruh Semenanjung
Siap dalam 3–4 minggu
Divider muslimah D'Raudah di Masjid Iktikaf Sadiah, Tumpat
Masjid Iktikaf SadiahTumpat, Kelantan

Tirai penghadang di masjid anda dah lama digunakan?

Tirai kain nampak murah pada mulanya, tapi lama-kelamaan ia jadi masalah yang AJK terpaksa uruskan berulang kali.

Kotor dan berbau

Kain menyerap habuk dan bau. Kena cabut, basuh dan pasang semula, dan kerja tu jarang dibuat.

Koyak dan tak kukuh

Tiang dan rel mudah longgar. Tirai senget atau terbuka sendiri, jadi ruang muslimah tak terlindung.

Nampak usang

Warna pudar dan kain berkedut. Ruang solat yang lain dah cantik, tapi tirai merosakkan pandangan.

Divider muslimah D'Raudah ialah panel kayu atau besi bercorak Islamik yang berdiri sendiri. Tak perlu dibasuh, tak koyak, dan boleh dialih bila ruang perlu diubah.

Corak Islamik Frame kukuh Saiz Tayar (pilihan) Berlubang / solid Kayu atau besi 2×6, 4×6,custom Mudah dialih

Direka untuk ruang solat yang digunakan setiap hari

Setiap panel dibina dan dipilih ikut keperluan masjid atau surau anda.

Corak Islamik

Pilih corak berlubang yang lebih terbuka, atau solid untuk privasi penuh.

Kukuh dan tahan lama

Frame kayu sebagai standard, atau naik taraf ke frame besi untuk kegunaan berat.

Mudah dialih

Tambah tayar supaya ruang boleh disusun semula untuk kuliah, majlis atau solat jenazah.

Saiz standard atau custom

2×6 kaki dan 4×6 kaki tersedia. Saiz lain boleh dibuat sehingga 8 kaki.

Warna ikut tema

Standard putih bersih, atau custom colour supaya sepadan dengan dekorasi masjid.

Hantar seluruh Semenanjung

Caj penghantaran ikut negeri, atau pickup sendiri secara percuma.

Masjid dan surau yang dah pilih D'Raudah

Dari Putrajaya ke Tumpat. Ini antara projek yang telah kami siapkan.

Divider muslimah di Masjid Putra, Putrajaya
Masjid PutraPutrajaya
Divider muslimah di Surau SK Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras, Selangor
Surau SK Bandar Tun Hussein Onn 2Cheras, Selangor
Divider muslimah di Masjid Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor
Masjid Kota KemuningShah Alam, Selangor
Divider muslimah di Masjid Puncak Alam, Puncak Alam, Selangor
Masjid Puncak AlamPuncak Alam, Selangor
Divider muslimah di Surau Al-Muhsineen, Setia Alam, Selangor
Surau Al-MuhsineenSetia Alam, Selangor
Divider muslimah di Surau Jumaat At-Taqwa, PPR Kg. Baru Air Panas, KL
Surau Jumaat At-TaqwaPPR Kg. Baru Air Panas, KL
Divider muslimah di Masjid Ar-Rahmaniah, Sabak Bernam, Selangor
Masjid Ar-RahmaniahSabak Bernam, Selangor
Divider muslimah di Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor
Masjid Jamek Sultan HisamuddinBandar Baru Salak Tinggi, Selangor
Divider muslimah di Masjid Kg Chendor, Kuantan, Pahang
Masjid Kg ChendorKuantan, Pahang
Divider muslimah di Masjid Iktikaf Sadiah, Tumpat, Kelantan
Masjid Iktikaf SadiahTumpat, Kelantan
Divider muslimah di Masjid Al-Falah, Rawang, Selangor
Masjid Al-FalahRawang, Selangor
Divider muslimah di Surau MARALINER, Kuala Lumpur
Surau MARALINERKuala Lumpur
Leret untuk lihat lagi

Pilih design yang sesuai dengan ruang anda

Setiap saiz ada 4 design siap, atau bincang custom design dengan consultant kami.

Katalog design 2ft x 6ft: A01, A02, A03, A04

Saiz 2 × 6 kaki

600 × 1800 mm. Design A01 hingga A04. Mula RM590 sepanel.

Katalog design 4ft x 6ft: B06, B07, B08, B09

Saiz 4 × 6 kaki

1200 × 1800 mm. Design B06 hingga B09. Mula RM940 sepanel.

Contoh panel berlubang

Berlubang

Corak tembus pandang. Ruang terasa lebih lapang dan cahaya masih masuk.

Contoh panel solid

Solid

Corak timbul tanpa lubang. Privasi penuh untuk ruang muslimah.

Cara order

Dari kira harga hingga panel sampai di masjid anda.

1

Kira harga

Pilih saiz, frame, design dan lokasi dalam kalkulator di bawah.

2

Hantar WhatsApp

Semua pilihan anda dihantar terus kepada kami dalam satu mesej.

3

Consultant sahkan

Kami sahkan harga sebenar, design dan tarikh siap.

4

Pengeluaran

Panel dihasilkan dalam tempoh 3 hingga 4 minggu.

5

Hantar atau pickup

Kami hantar ke lokasi anda, atau anda ambil sendiri.

Kira anggaran harga

Pilih ikut keperluan anda. Jumlah dikemas kini terus, dan anda boleh hantar semua pilihan melalui WhatsApp.

1Saiz dan bilangan panel

2Frame

3Jenis panel

4Design

Katalog design 2ft x 6ft

5Warna

6Tayar

7Penghantaran

Caj penghantaran dikira untuk setiap 20 panel (1 trip). Sabah, Sarawak dan Labuan: admin akan sahkan caj.

Soalan lazim

Ada soalan lain? WhatsApp kami di 012-501 2690.

Berapa lama tempoh siap?

Tempoh pengeluaran ialah 3 hingga 4 minggu selepas order disahkan, tidak termasuk masa penghantaran.

Boleh buat saiz selain 2×6 dan 4×6 kaki?

Boleh. Custom size dikira RM50 sekaki persegi, dengan minimum order 10 panel dan saiz maksimum 8 kaki setiap sisi. Untuk saiz lebih besar, hubungi consultant kami.

Apa beza panel berlubang dan solid?

Panel berlubang ada corak tembus pandang, jadi ruang terasa lebih lapang. Panel solid tiada lubang, sesuai jika masjid mahukan privasi penuh untuk ruang muslimah.

Frame kayu atau besi, mana yang sesuai?

Frame kayu ialah pilihan standard dan sesuai untuk kebanyakan ruang solat. Frame besi lebih kukuh untuk panel yang kerap dialih atau ruang yang sibuk.

Boleh hantar ke luar Lembah Klang?

Boleh, ke seluruh Semenanjung dengan caj ikut negeri. Untuk Sabah, Sarawak dan Labuan, admin akan sahkan caj penghantaran. Anda juga boleh pickup sendiri secara percuma.

Adakah harga di kalkulator ni harga muktamad?

Ia anggaran berdasarkan pilihan anda. Consultant kami akan sahkan harga sebenar selepas anda hantar pilihan melalui WhatsApp.

Naik taraf ruang muslimah di masjid anda

Kira anggaran harga dalam satu minit, atau terus WhatsApp consultant kami untuk bincang keperluan anda.

Anggaran semasaRM870
Kira harga